<%option explicit%> VCD Panduan Bermain Caklempong
Laman Utama Sejarah Caklempong Muzik Caklempong

 

VCD PANDUAN ASAS BERMAIN CAKLEMPONG

Anda tak pernah bermain caklempong tetapi mempunyai minat untuk bermain caklempong? Mahukah anda mempelajari lagu-lagu caklempong seperti lagu Ayam Den Lapeh, Mudik Arau, Puteri Minang dan Sogo berpandukan berpandukan VCD 100% praktikal meliputi setiap alat caklempong yang terlibat seperti gereteh, tingkah dan canang? Pelajari asas cara untuk bermain caklempong berpandukan VCD diterbitkan khas oleh Caklempong.com. VCD ini khusus untuk mereka yang berminat untuk mempelajari caklempong tetapi tidak mempunyai asas untuk bermain caklempong.

 

MENGENAI JURULATIH


Anda akan dilatih oleh pakar caklempong yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu En Nadzar (A.N.S), antara pelopor awal di dalam mengkomersialkan muzik caklempong ke seluruh negara. Beliau pernah mengikuti kursus kerawitan di ASKI Padang Panjang, Indonesia dan merupakan bekas pensyarah muzik di Maktab Perguruan Raja Melewar (sekarang IPG Kampus Raja Melewar(1988-2003), pensyarah jemputan untuk UPSI (2005-2007). Pernah dilantik sebagai ahli panel huraian sukatan pelajaran menengah rendah caklempong untuk Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1997. Antara lagu yang telah dicadangkan oleh beliau lebih 15 tahun dahulu adalah Mudik Arau, Tak Tun Tun, Rantak, Ragam Andalas dan Ayam Den Lapeh.
Beliau juga mantan pengurus Kumpulan Yayasan Negeri Sembilan (2007-2008) dan kini merupakan jurulatih sepenuh masa untuk kumpulan caklempong Caniago aka Caklempong.com.

 

MENGENAI CANIAGO @ CAKLEMPONG.COM


Caniago @ Caklempong.com merupakan antara kumpulan caklempong yang dididik oleh beliau dan berpengalaman membuat persembahan untuk pelbagai majlis rasmi di hampir 200 tempat di seluruh negara seperti persembahan kebudayaan, festival Komanwel, majlis makan malam syarikat korporat seperti Canon, Philip Morris, WHO, AGIKO, kerabat Diraja, majlis pelancaran, majlis perkahwinan tokoh VVIP, tokoh korporat, artis dan sebagainya. Caniago juga mempunyai kemahiran memainkan lebih daripada 30 buah lagu tradisional dan turut mencipta sendiri lagu-lagu caklempong tempatan.

 

 

LAGU YANG AKAN DIPELAJARI


Anda akan mempelajari 4 lagu tradisional caklempong seperti Ayam Den Lapeh, Mudik Arau, Puteri Minang dan Sogo di dalam 1 VCD pada harga pengenalan RM50 sahaja. Anda boleh belajar setiap lagu secara perlahan-lahan mengikut rentak anda sendiri dan seterusnya menjadi mahir dan berkebolehan bermain caklempong seperti rakan-rakan yang lain. Apa tunggu lagi, Kami menunggu pesanan dari anda. Sila email caklempong@gmail.com untuk proses pembelian.

sds