Info | Sejarah | Kumpulan | Muzik | Hubungi Kami | Sampel Video

Sejarah Caklempong

Caklempong adalah alat muzik tradisional dari keluarga ideofon yang menggunakan skel diatonik. Caklempong dibawa masuk ke Tanah Melayu pada sekitar abad ke - 19 dari Sumatera Barat melalui saudagar yang datang berniaga dan terus bermastautin di Tanah Melayu terutama di Negeri Sembilan menyebabkan ia dikatakan berasal dari negeri ini. Hari ini, muzik Caklempong telah dikembangkan di seluruh negara dari Johor sehingga ke Sabah dan turut diajar kepada guru-guru pelatih semua bangsa tanpa mengira kaum. Kini, caklempong ialah muzik tradisional warisan bangsa kebanggaan negara kita.

Caklempong dimainkan melalui 3 jenis posisi iaitu, Cara Tegak - Bermain secara berdiri dimana bonang diletakkan di dalam tepak berkaki, Cara Duduk - Bermain sambil bersila tanpa tepak berkaki dan Pacik - Bermain sambil berjalan atau berarak seperti bermain kompang.

Sebarang lagu kesukaan mana-mana daerah di Malaysia dan juga lagu masa kini boleh dimainkan mengikut rentak Caklempong. Untuk majlis perasmian di Hotel, Caklempong selalunya digunakan sebagai muzik iringan di dalam sesuatu pertunjukkan silat atau tarian, terutamanya tarian lilin dan tarian piring. Ianya digunakan juga di dalam majlis Diraja seperti istiadat pertabalan dan juga majlis keraian korporat. Di dalam majlis perkahwinan pula, Caklempong dipersembahkan untuk memeriahkan lagi upacara persandingan pengantin.

Di dalam tradisi dahulukala, muzik tradisional seperti Caklempong memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian mereka. Selain daripada sumber hiburan, muzik ini juga dapat menyatupadukan masyarakat dan penduduk setempat.

| Alat - alat | Not dan Kod Lagu |

 

Hakcipta© 2006 by Caklempong.com. Semua hakcipta terpelihara.