<%option explicit%> Latihan Caklempong Untuk Sekolah
Laman Utama Sejarah Caklempong Muzik Caklempong

Kelas Latihan dan Bimbingan Caklempong Untuk Sekolah
Ramai yang boleh bermain caklempong, tetapi adakah anda pasti teknik yang anda gunakan adalah betul dan tepat? Kami menawarkan kelas latihan dan bimbingan untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah yang berminat untuk mempelajari teknik bermain muzik caklempong dengan yakin daripada pakar dan juga antara yang terawal mempelopori muzik tradisional ini.

Kumpulan Caniago dipimpin oleh En Nadzar A. Samah (A.N.S), seorang yang berpengalaman luas di dalam muzik tradisional caklempong. Beliau pernah mengikuti kursus kerawitan di ASKI Padang Panjang, Indonesia dan merupakan bekas pensyarah muzik di Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban (1988-2003) dan pensyarah jemputan untuk UPSI (2005-2007). Pernah dilantik sebagai ahli panel kurikulum muzik tradisional untuk Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1990. Beliau juga mantan pengurus Kumpulan Yayasan Negeri Sembilan (2007-2008). Kini beliau merupakan jurulatih sepenuh masa untuk kumpulan caklempong Caniago aka caklempong.com. Turut menyediakan khidmat mengajar caklempong di beberapa buah sekolah di antaranya Sek Men Integrasi Agama Rawang, SM Damansara Utama, MRSM Kuala Klawang, SDAR Seremban, SMK Dato Hj Redza Seremban, SM Sains Kepala Batas dan SM Perempuan Sultan Ibrahim JB.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai kelas bimbingan dan latihan caklempong, sila hubungi kami di sini